{hdj}

Blog sebuah Hidayat Jamalolail. Tulisan dari hati, kononnya. Pengarah seni & fotografer dari Tanah Malaya. Cinta akan alam dan kehidupan untuk mendapat akhirat yang sempurna. Tapi, manusia, sangat jauh dari sehendaknya.

bekerja keras ibarat hidup untuk selamanya.

masalahnya, perihal ibadat tak pula ibarat esok sudah tiada. pfft.

somehow or rather, i need to change the way i surf through the ocean of life. ya betul, ini adalah kata-kata biasa setiap rakyat jelata ‘cliche’ dengan resolusi tahun baru mereka. dan masalahnya juga, aku pun adalah seorang rakyat jelata yang ‘cliche’.

satu malam yang lepas, aku terkena satu tamparan hebat di muka oleh kehidupan. sakit lagi pedih, ok! merah pipi aku di buatnya. akan tetapi, tamparan itu membuatkan aku terbangun dengan lamunan mimpi indah dunia yang penuh dengan perkara-perkara yang baik bagi mereka yang nampak dan perkara-perkara yang lagha bagi mereka yang lalai.

macam akulah. golongan-golongan rakyat jelata yang ‘cliche’.

dan sekarang, perubahan drastik sedang aku lakukan. bukan senang nak berubah lagi-lagi kalau dah lama duduk dalam dunia yang serba penuh dengan kemewahan yang melalaikan. tapi diri tahu cukup kuat untuk buat semua itu. tak susah pun. azam-azam kita tu perlu di kuatkan sepertimana kuatnya azam rakyat jelata yang ‘cliche’ sewaktu awal-awal masuk tahun baru.

cuma kali ini, azam itu perlu datang dengan semangat dan kesungguhan yang adil.

adil pada diri sendiri.

dan adil pada azam itu sendiri.

langkah pertama, perkuatkan diri. untuk bergerak sendiri.

wassalam.

p/s: kak fy dah panggil untuk diskusi perihal launching album baru Mohram, Alam.

Five Two Two Zero One Two.

sekian terima kasih.

selangkah ke alam baru.

serius, aku tak ingat bila aku mencapai usia baligh. that first time of the dream, i can’t remember. tahu-tahu sahaja dah ada perubahan pada diri. ok, ini tidak patut di perihalkan di sini. fullstop.

dan sekarang, i’m stepping one foot into another life. the life full of much more responsibilities.

orang kata, tak elok lelaki nak bercerita tentang perkara sebegini. sebab kebiasaannya, benda-benda begini, centre of attention-nya jatuh dekat perempuan. tapi, what the heck. i’m just telling people so that people know. bukan tujuan apa pun. perkara baik bukan? bukannya nak besar-besarkan perkara kecil, tapi kira macam pengetahuan am sajalah.

yes, i’m getting engage on the 5th February 2012. tambah tolak, seminggu sajalah lagi.

bersama empunya diri yang aku kenal dekat MMU, sekitar 2010. masuk 2 bulan lagi lebih kurang, genaplah 2 tahun berkenal-kenalan. 2 tahun kenal pun, bukanlah sempat kenal-kenal sangat. september 2010 dah fly pergi UK sambung ACCA sampailah september tahun lepas. tung tang, itu dia sekarang dah nak Februari 2012.

ramai orang kata, sekejap gila. baru saja lagi balik for good.

jodoh pertemuan di tangan Tuhan.

benda-benda baik, buat apa nak lambat-lambatkan.
lagi cepat, lagi bagus. boleh tolak fitnahkan?

maaflah kalau tak dapat jemputan. tunang saja baru. majlis kecil-kecilan saudara-mara sahaja. insyaAllah majlis nanti akan di jemput beramai-ramai ya. stay tune!

baiklah, itu sahaja update kali ini.

wassalam.

{HDJ}

about H+A Studio and me.

cerita sejarah sedikit. setakat mana yang boleh di kongsi sajalah.

H+A Studio terilham pada November 2010. hasil perborakkan atas talian melalu Yahoo Messenger!, H+A Studio di kenali pada awalnya dengan nama yang sangat tidak cool. mungkin kerana zaman itu, it sounded freaking cool. tapi, hanya selepas beberapa bulan, nama itu sudah ketinggalan. fikir punya fikir, initials nama founders is great enough. jadilah H+A Studio.

by the time H+A Studio dengan nama yang tidak cool itu terilham, we weren’t really registered yet. it’s more of a freelance thingy. but instead of using our name, we create a brand. an identity. boleh saja nak pakai Hidayat Jamalolail, but admit it freelancers, moving alone as a freelancers is not easy as it sounds. most big organizations preferred to deal with another organizations.

for the rest of 2010, there wasn’t much of a project really. just few photography jobs here and there. well honestly speaking, we doesn’t even reach 10 projects at that time. i was already working as an Art Director in a local creative studio plus at that time also finishing my last paper for my degree. plus, a few freelance jobs here and there since the company is not doing that well. aku pun ada bill(s) yang perlu dibayar, ok!

dalam penghujung Februari sampai April, a big project; Lat Kampung Boy Sebuah Muzikal. sebagai fotografer rasmi mereka. di sini, aku berfikir sepenuh masaknya. company tempat aku bekerja sekarang, is not doing so well. bukannya berniat jahat untuk lari daripada masalah, tapi, aku pun ada perkara yang perlu aku buat. hanya kerana famili aku famili yang mampu, tak bermakna aku hanya bergantung kepada mereka. kalau ya, buat apa aku bekerja? baik minta saja kerja tempat syarikat famili aku. habis cerita.

tapi itu, tidak berlaku.

after a serious thought, aku mengambil langkah drastik berhenti kerja dan concentrate on H+A Studio. at first, situasi tidaklah begitu baik sampailah masuk ke bulan puasa. masa ini, H+A Studio was already a registered company and we came out with our first company profile. tidaklah sempurna, tapi cukup untuk bermula. dalam masa yang sama juga, since everything is not going so well, aku apply untuk sambung Master di UK.

seriously, i got accepted into one of the top design college there, but..

Syawal. telefon mula berdering sana-sini. even masa puasa pun, TOP requested us to make a proposal for their upcoming CUCI The Musical 3. kiranya macam, pitching for job-lah ni. dan selepas Raya, bila semua orang kembali bekerja, we got the good news. Alhamdulillah. they love our 30-page thick proposal.

jadi masa itu, aku ada 2 dilema. pertama, Master di UK. which was my first thing to do lepas habis Degree. kedua, H+A Studio yang mana dah dapat CUCI The Musical 3 plus few other more yang agak besar juga.

Master di UK terpaksa aku tolak. dengan hati yang sangat berat. but, life moves on.

up until now, we have been involved in (tidak mengikut urutan masa), Solehah TV al-Hijrah, Dikir Zikir TV al-Hijrah, Konsert Awie & Ella, Lawak Ke Der, Cuci The Musical ‘Last Kopek’, Alam by MOHRAM, National Auto Show 2011, Lat Kg Boy Sebuah Muzikal, MMU Convofest’11, Syarikat Air Negeri Sembilan (SAINS) dan few other more yang belum boleh dimensikan.

was it a good choice turning down Master in UK?
its a totally different excitement.

tambahan lagi, Kamar terus pulang for good masa bulan puasa.
and we’re getting engage on the 5th February 2012. yeayy!

again, was it a right choice turning down Master in UK?
kerja Tuhan, siapa tahu. rezeki, excitement, happiness ada di mana-mana.

jauh dalam sudut hati, cuma kena yakin.
and always, be grateful. Always.

Wassalam.

{HDJ}

things that i do #2

kali ni, aku bagi sample.

ini bukan official design pun. kalau tengok official, ada persamaan sedikit tapi jauh perbezaannya. well guys, you designers out there, admit it, betul tak yang sebenarnya, the things that we eventually proposed, that they said they love it, will also eventually be edited and re-versionized (such word eh?) and will look ‘..err okaylah ni’, just above acceptable line in our eyes.

dan kadang-kadang, we designers just love to make our own version of things.

betul?
mungkin tidak semua.
tapi, ada.

wassalam.

{HDJ}

p/s: jangan risau, aku memang sengaja kasi dia besar macam tu, terkeluar align.
p/s/s: they is referred to the clients-lah.
p/s/s/s: Harith Iskander caricature made by Marzuki @ Chip.

things that i do.

Konsert Awie & Ella

ramai yang bertanya, what do you do for a living? sebelum aku jawap, ada satu kata-kata yang haritu ada terbaca somewhere. can’t remember exactly who said it but somehow, my brain is extremely confident saying it was Oscar Wilde. correct me if i’m wrong. he said something like this;

“Find a job that you love doing and you never have to work again.”

lebih kurang begitulah kata-katanya. bagi yang tidak mengerti, translasi bahasa adalah, ‘carilah pekerjaan yang kita betul-betul suka, seronok, gembira lakukan dan kita tak akan perlu untuk bekerja lagi seumur hidup.’ somehow, i believe i found it early at this stage of my life. jadi, berbalik kepada soalan awal tadi, what do i do for a living?

paling senang, aku akan pass-kan callcard aku. kalau ada extra lagi company profile (yang mana sekarang dah ‘sold out’) aku akan bagi dan kalau orang bertanya secara atas talian dari sumber-sumber laman sosial yang ada, aku akan samaada minta emel mereka dan emelkan ‘tiruan lembut’ company profile atau asked them politely to check out our website. yang mana pada akhirnya, akan ada juga orang yang akan selepas melalui semua di atas, kembali semula dengan persoalan yang sama. what do you do for a living?

zaman sekarang, kalau orang tulis buku autobiografi pun, people would rather prefer to see that author in person. kisah-kisah hebat true story yang menjadi inspirasi kepada semua. dengar mamat tu cakap lagi syiok. kan?

jadi, jawapan aku adalah seperti berikut. kalau ada fellow readers yang tertanya-tanya. kalau, adalah.

i’m an Art Director. a photographer. a graphic designer. a person who solves problem creatively. a person who offers you, the audience creative input, output and solutions. i do advertising and promotions. i do posters, buntings, banners. i create creative profiles. i make things look better. i make things look how it’s supposed to look and portray itself. i’m son, a brother and soon a husband. i’m also a writer who for now only writes in blog. i design websites but prefer not to code.

guess that answers it? patut letak Photographer & Art Director sajakan? mudah dan padat.

preferably i would consider myself as a photographer first. but, seeing things as it seems now, my pocket money came more from art, designing stuff. well, hopefully someday my first work title will be a photographer.

dan kebiasaannya, soalan susulan adalah seperti, mahsyuk ke?

soalan itu, aku dah jawap awal-awal dengan kata-kata dari Oscar Wilde tadi. kalau aku tidak salah itu kata-kata beliaulah. bukan perkara mudah. susah. perit. getir. onak duri. lautan gelora. ribut petir semuanya ada terkumpul dalam satu. dan dia akan bertambah susah bila nanti dah nak kena sara anak orang pula. sekarang aku sendiri. tak lama lagi, dah berdua. tapi, pintu rezeki, ada dekat mana-mana bukan.

insyaAllah.

so itulah dia kawan-kawan. what i do for a living.

wassalam.

{HDJ}

Related Posts with Thumbnails